Buat business tak ada branding, umpama business untuk satu malam.

Salah satu kekuatan perniagaan adalah branding. Branding tu apa?

Secara ringkasnya branding itu adalah JENAMA.

Yang membuatkan ia dikenali. Sebab itu branding (penjenamaan) adalah sangat penting kepada sesorang, sesebuah syarikat terutamanya. kerana branding dapat menaikkan seseorang atau produk.

Macam smartphone yang anda pakai sekarang brand apa? Apple? Samsung? Yes itu lah branding. Cuba bayang kalau ada smartphone yang sebijik sama design dengan brand yang anda pakai sekarang, tambah pulak harga tak lah murah sangat, tapi smartphone tu tak ada brand.

Kau rasa nak beli ke tak nak?.

So nampak tak kepentingan branding tu sekarang?. Nampak dah.. cuma saya jual produk orang lain perlu ke ada brand? Macam Aeon, Tesco, Watson dan lain-lain tu sebelum ni tak ada produk pun. Semua jual produk  orang lain.

Tapi diorang ada brand sendiri sebabanya nak suruh orang kenal mereka. Senang pelanggan untuk berurusan atau membeli dengan mereka.

So anda dah ada bersedia ada brand sendiri?

No Comments

Post A Comment